I look to you…

November 3, 2009

Greetings…

Sorry for being away too long without any explanations given. There’s a lot things in life can be done at our earliest age. I believe many of you guys still and always been dreaming about being a happy life being, be it financial freedom, own a big and beautiful house, happiest family on earth, a god good creatures and many more. But without any visions and missions, everything is impossible. There’s one statement i read it out somewhere in Penang right after my Penang wedding job few months ago. It sounds like this :

“Wonders are only for people who have faith and belief on it and striving for its best”

Browsing it through all the way back to KL keep me thinking on how myself would be in next 5 years. I grew up in extreme discipline life. Late father taught us 5 sisters and brothers to be a good reasonable person. I mean everything that needs to be done should have its own reason. For instance buying new clothes should have been surveyed around on the location, price and quality. Then after info gathered, will be presented to him and the chance of getting new clothes is possible..and that’s how it works on others. But of course, not for everything. Parents tend to forget things too…hahaha.

Grew up in military school has taught me a lot, especially on how to get things get done as requested. No “cannot” word should be off mouth..and yes, it works for me until now.

I’m leaving my career as network analyst…leaving the famous Schlumberger company…leaving my degree certificates..leaving my Cisco network certificates and most of all, I’m leaving my life as  employee and will be unemployed for the rest of my life. Though its the hardest decision in my life, I  have too. I am looking for a much more bright future which I have belief on it since years ago. Sacrificing my young age for healthier “white hair” age…soon. Such a good reason huh?

Pray for me and wish me luck….

p/s : I might probably leaving KL as well….

Regards,

Wan Zulhamli Bin Wan Abdul Rahman





Asma Allah by Sami Yusuf

October 14, 2009

Currently managing few other expended businesses…..

Regards,

mau pergi…

September 10, 2009

Gulahati


Gulahati sudah mau pergi. 2 bulan setengah mcm 2 hari setengah je.  Tup tup dah nak balik pada 13 Sept ni. Sedikit sebanyak tentang kami.

1 – Date pertama kami ditemani ibu gulahati (Ibu gulahati duduk tengok dari jauh sbb nak tengok aku dan aku tak tahu. Bulan 8 2009 baru aku diberitahu). Sampai sekarang aku masih bersama gulahati. Menunjukkan ibu gulahati berkenanlah dengan aku :)

2 – Jumpa kali kedua (bukan date ye) masa amik gulahati dekat stesyen bas Pekeliling. Masa tu tak tahu mcm mane boleh terpandang bas yg baru sampai dan terus nampak gulahati turun dari bas. Padahal banyak je bas2 lain yg baru sampai.

3 – Tempat makan kali pertama  kami di  Nando’s dekat Aquaria.

4 – Gulahati suap aiskrem mcdonald membuatkan aku tergamam seketika…gabra sbb gulati suap aiskrem dan tiada wanita lain pernah suap aiskrem kat aku melainkan mama aku sendiri ( even ex aku pon tak pernah suap…hahaha)

5 – Ibu gulahati tanya direct kat aku betul ke nak kawan dengan anak dia. Pertanyaan tu diajukan pertama kali jumpa ibu gulahati. Aku kaget dan mampu tersenyum macho :P

6 – Pertama kali datang ke rumah gulahati aku pakai smart amat, siap baju tuck-in dan mesra ditemubual parents gulahati. Bila bercakap dengan ayah gulahati, mata ibu gulahati perhatikan gerak geri aku 100%  (perasan sbb aku sempat jeling-jeling)

7 – Tahun pertama perkenalan kami, kami berjumpa kurang dari 30 hari. Hebat bukan?

8 – Dalam tahun pertama tu jugak aku bawa gulahati bertemu mama. Bila mau pulang ke Kerteh, mama kucup pipi gulahati (buat aku terfikir yang mama hanya kucup pipi anak sahaja..apekah? hehe)

9 – Gulahati support aku sikit untuk beli perabot rumah masa nak masuk rumah baru. (Aku tak pau dia eh…)

10 – Kami berhubung selepas gulahati kembali ke Ukraine hanya melalui calls, sms dan video cam. Jimat lagi kalau pakai yahoo messenger calls. Boleh ckp selama mungkin (kalau connection internet stable lah)

11 – Aku tegur (sound)  gulahati melalui sms pada tahun 2007 untuk kali pertama dan terus gulahati telefon minta maaf. Sebak hati aku gulahati minta maaf dan-dan tu jugak.

12 – Gulahati banyak memendam rindu kalau aku sibuk dengan kerja ofis dan sambung dengan kerja photog, Sebabnya aku lebih konsentrasi kepada kerja berbanding dengan gulahati…kesian kan?

13 – Setiap kali gulahati pulang ke Malaysia, pasti aku hadiahkan sejambak bunga. Tahun lepas aku book awal-awal lagi kat florist sbb masa tu duduk dekat ampang dan mmg dah tau kedai florist tu. Tahun ni aku beli bunga agak lambat sbb kat Puchong ni tak tahu kedai florist kat mana. Berpeluh cari kedai florist.

14 – Nabil anak sedara aku panggil gulahati kak fifi instead of auntie atau makcik. Kunun-kununye status akak lagi la.

15 – Nabil panggil aku Uncle Don (aku yg ajar) dan kalau jodoh kami panjang maknanya kak fifi Nabil akan bertukar menjadi Auntie Don lah…oh, mcm mat saleh sangat kah?

16 – Sepanjang cuti summer gulahati tahun ni, penuh compartment dashbod aku dengan vitamins dan pils2 yang gulahati belikan. Sunggah menjaga kesihatan doktor gulahati.

17 – Tahun ni banyak aktiviti family aku, gulahati aku bawa bersama. Bukan apa, nanti dah masuk family tak kekok.

18 – Tahun ni banyak movie terbaru yang baru keluar di pawagam, kami antara penonton terawal. Aku memang gila movie.

19 – Gulahati amat suka asam laksa midvalley dan tak suka sos cili walaupun gulahati makan sambal belacan. Oh, taste makanan kami sangat sama cuma aku makan budu dan gulahati tak…hahaha. Budu aku buat mcm kuah aje :P

20 – Gulahati sporting bile aku usha awek cun yang lalu didepan tapi aku kene ckp lah kat gulahati yang awek tu cun. Asalkan aku inform dia dan tak usha secara senyap-senyap…hahaha.

Banyak sangat nak ckp..yang lain-lain tu aku simpan sendiri aje lah ye…

Ape nak kasi kt gulahati kat airport nanti …hem???

cubaan suara 1 2 3….

September 9, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Sejak berjaya membeli studio strobe ni, hari-hari aku shoot product. Kiraanya dah berjaya menjadi tabiat terbaru aku. Balik je kerja shif  malam dalam jam 7:40 pagi dah sampai rumah, pasti akan main-main sekejap dengan studio strobe ni. Orang kate nak dapatkan feel. Best mmg best sbb semuanya photographer yang set.

Sebabnya ialah gambar atau output adalah mengikut kesukaan photographer tu sendiri. Berbanding dengan wedding atau candid street yang memerlukan kecepatan mata dan memahami keadaan cahaya perkesitaran, studio photography lebih memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan kefahaman karakter  cahaya (menggunakan payung tembus cahaya atau payung pembalikan cahaya atau pun softbox). Ini akan menentukan limpahan cahaya yang jatuh keatas objek. Pastinya setiap karakter cahaya mempunyai daya tarikannya sendiri dan penggunaan alatan yang betul pasti akan menjadi sesuatu objek itu amat cantik.

Kadang-kala penggunaan cahaya semulajadi (ambient) amat berguna. Penggunaan cara sebegini mampu memberi impak yang lain dari penggunaan “studio strobe” iaitu penggunaan “aperture” yang lebih besar dapat digunakan disusuli dengan shutter yg laju. Oleh itu bokeh dapat diperolehi dengan baik. Penggunaan “studio strobe” tidak boleh melebihi shutter 1/250. Ini adalah kerana “synchronisation” antara bukaan shutter adalah laju utk diikuti oleh “studio strobe” yang menggunakan “radio frequency” untuk memancarkan cahayanya. Walaubagaimanapun, pocketwizard mampu menangani masalah ini dengan keluaran pocketwizardTT1 dan TT5.  Alat ini mampu menerjah penggunaan “shutter speed” dari 1/500 hinggalah 1/8000. Harganya pula dianggarkan RM800 setiap satu.  Menarik bukan?

Penggunaan “prop” juga sebenarnya amat membantu di dalam menjadikan sesuatu output itu kelihatan “umph”. “Research” yang banyak perlu dilakukan dan diteliti serta difahami agar dapat diaplikasikan kemudian. Gabungan penggunaan warna “prop” juga perlu dititikberatkan. Samalah seperti penggunaan warna cat dan perabut didalam rumah. Memahami gabungan warna yang menarik sebenarnya senang iaitu dengan melihat tumbuh-tumbuhan dan flora di sekitar kita. Warna semulajadi inilah sebenarnya menjadi inspirasi ramai “color designer”. Masakan begitu sedap mata kita memandang kearah alam semulajadi kalau bukan kerana warna-warna alam ini?

Hahaha…tu dia..bahasa baku lagi aku pakai.  Sure cikgu BM RMC bangga amat bile tgk karangan upsr aku ni. Hahaha….Kepada sesiapa yang nak berkongsi main studio strobe, meh la dtg rumah aku…tapi pastikan mcdonald value meal ada bersama. Tapi selepas hari raya la eh….

p/s : Kalau ada siapa-siapa ka atau kawan2 ka yang nak jual lens 35mm 1.8 habaq mai na…cek nak beli. Tadi pi usha2 lens tu ngn gulahati dah tertarik…malangnya budget x cukup dan memandangkan raya pon nak dekat..duit raya ???

Regards,

Gulahati….

August 27, 2009

Bright blue sky always fly high….


Gula hati…

Tinggal lagi 2 minggu lebih gulahati nak balik ke Ukraine. Ni cuti gulahati yang paling lame skali…agak2 dalam 2 bulan setengah gitu…lame kan? hehe…

Gambar atas tu aku baru je frame kan tadi. Smalam pergi kedai gambar print kan, dan fram ribba IKEA tu mmg dah ade dlm stok simpanan aku.

Lepas ni aku jadi “single” but not available lah pulak…dan macam biase…malam-malam kalau takde keje, mmg aku minum tea ais kat MSI lah…korang tau MSI kat mane? Dan mcm biaselah…hari-hari yang mendatang aku makan dinner sorang lagi lah :( dan mcm biase jugak…kami berhubung melalui sms lah…dan mcm tu lah seterusnya. gulahati punye cuti tahun depan dalam musim winter, akhir bulan 1 awal bulan 2 gitu….dan kalau dimurahkan rezeki dan agak2 ade job byk hujung tahun ni dan awal tahun depan…aku nak g lah visit gulahati kat Simperopol….sebut pon dan belit-belit.

Tap tup tap….raya dah nak dekat (ceh..padahal puasa 10 hari pon belom lagi). Tadi buat pertama kalinya aku terdengar lagu raya kat KLCC selepas berbuka puasa dengan family kakak aku. Terasa sayu2 lak bile dengar. Cerita bab raya ni, inilah raya pertama aku yang aku balik bebetul awal sebelum hari raya, 3-4 hari awal setibanya hari raya. Tahun lepas aku terlepas flight balik kampung dan terpaksa beli tiket lain (nasib baiklah ade tiket lagi). Kali ini aku balik awal dan drive kete “evo” aku lah dengan segala mala equipment fotografi aku lah sbb tahun ni nak amik gambar family ramai-ramai.

Dalam banyak-banyak lagu raya kan….

1 -  Lagu DJ Dve…”Menjelang hari raya”

2 – Lagu Mamat exist…”Ku pohon restu ayah bonda”

3 – Lagu Sudirman…”Dari jauh ku pohon maaf”

4 – Aishah…”Pulanglah”

5 – dan mcm-mcm lagi lagu raya yang ada….

Korang suke lagu raya yang mane satu….???

Utk siapa-siapa yang nak buat fotografi hari raya sbg hadiah hari raya, boleh lah hubungi tuan empunya web ini. Boleh lah jugak aku buat duit raye..ye tak?

Hem…korang dah beli baju raya……..???

Regards,